Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Healthcare Providers
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Newsroom

  • Home
  • Newsroom
  • [DagangNews] DOC2US, MPS perkasa rangkaian farmasi di Malaysia dengan kesihatan digital

DOC2US, MPS perkasa rangkaian farmasi di Malaysia dengan kesihatan digital

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

mohdzulfadli@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 13 Jun - Penyedia e-preskripsi dan telekesihatan terkemuka, DOC2US dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi merintis transformasi digital penuh industri farmasi di negara ini.

Presiden MPS, Prof Amrahi Buang berkata, kerjasama proaktif dengan penyedia telekesihatan itu adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah 56 tahun penubuhan persatuan tersebut.

 
"Ahli farmasi adalah penyumbang utama dalam kedua-dua sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta. 

"Untuk memberikan bentuk penjagaan terbaik kepada masyarakat, kami sentiasa mencari cara untuk membangunkan diri secara inovatif dan membuktikan masa hadapan. Kami mengharapkan perkongsian yang bermanfaat dengan DOC2US," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama DOC2US, Dr Raymond Choy, kerjasama itu menandakan usaha kedua-dua pihak untuk memacu komuniti dan rangkaian farmasi tempatan ke hadapan. 

"Perkongsian penting antara DOC2US dan MPS ini menandakan satu peristiwa penting dalam kemajuan profesion farmasi di Malaysia. 

"Kerjasama itu akan membuka jalan kepada penyepaduan teknologi digital ke dalam amalan penjagaan kesihatan, akhirnya meningkatkan penjagaan pesakit dan mempromosikan kesejahteraan negara," katanya.

doc2us

Prof Amrahi Buang (kiri) dan Dr Raymond Choy ketika majlis menandatangani MoU antara DOC2US dan MPS di Wisma MPS, Puchong, Selangor baru-baru ini.

Raymond berkata, sudah tiba masanya untuk ekosistem penjagaan kesihatan digital bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri sebagai sebuah sistem padu tunggal. 

"Ia adalah satu penghormatan untuk berada di barisan hadapan dalam era transformasi digital bersama MPS," katanya.

Terdahulu, MoU itu akan memperkasakan ahli farmasi profesional dalam bidang penjagaan kesihatan digital, bertujuan untuk membolehkan penyelesaian penjagaan kesihatan holistik melalui pemindahan teknologi dan kepakaran. 

doc2us

Ini termasuk kerjasama pendidikan dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan digital, e-preskripsi dan telekonsultasi. 

Melalui penglibatan dengan pihak berkepentingan berkaitan, kedua-dua pihak juga akan berusaha untuk membangunkan lagi garis panduan dan piawaian untuk ahli farmasi dalam penggunaan teknologi kesihatan digital. - DagangNews.com

Source: DagangNews

Tags :

  • MPS

Share :

Written by

DOC2US

Latest News

DOC2US, University of Malaya & Taylor’s University Achieve Milestone Publication in Sage Journals

DOC2US, University of Malaya &...

Nov 24, 2023

Haier Teams Up with DOC2US and AIA to Prioritise Employee Health

Haier Teams Up with DOC2US and...

Nov 23, 2023

DOC2US Backs Gentari's Employee Wellbeing Initiative

DOC2US Backs Gentari's Employe...

Nov 15, 2023

Citibank Collaborates With DOC2US for On-Site Flu Vaccination & Health Screening

Citibank Collaborates With DOC...

Nov 06, 2023

Standard Chartered Initiates Second Round of Flu Vaccinations and Basic Health Screenings in Response to High Demand

Standard Chartered Initiates S...

Oct 27, 2023

Schlumberger Collaborates with DOC2US via AIA to Prioritise Employee Wellbeing

Schlumberger Collaborates with...

Oct 16, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2023 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design