Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media 

Untuk Siaran Segera 

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA 

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2023 – Para atlet Malaysia kini memperolehi akses kepada sokongan kesihatan mental dan fizikal tambahan menerusi program kesihatan hibrid baharu yang diperkenalkan oleh Institut Sukan Negara (ISN) dan DOC2US, penyedia kesihatan digital dan perkhidmatan e-preskripsi terkemuka di Malaysia. Inisiatif kebangsaan ini adalah usaha bersama ISN dan DOC2US untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang saksama, mudah diakses, dan holistik kepada para atlet negara. 

Dr. Raymond Choy, CEO & Pengasas DOC2US, berkata, "Kami sepenuhnya menyokong matlamat ISN dalam menjadikan kesejahteraan atlet-atlet negara sebagai keutamaan. Disebabkan oleh amalan mereka sebagai atlet, mereka amat rentan kepada tekanan mental dan pelbagai masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan, kegelisahan, ataupun kes-kes yang lebih serius. Ini semua selain dari masalah kesihatan fizikal yang menjadi lumrah dalam industri sukan. Usaha kerjasama ini adalah langkah ke hadapan dalam menangani cabaran-cabaran tersebut. 

"Sebahagian daripada usaha kami untuk menyumbang kepada negara dan rakyat, kami memanfaatkan pelbagai penawaran teknologi digital untuk menangani isu-isu kesihatan negara secara kolektif. Kami bersyukur atas peluang, keyakinan, dan sokongan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan, rakan kongsi kami, Institut Sukan Negara, dan rakan kerjasama TeleHope Health dalam memimpin inisiatif ini." 

Program ini telah beroperasi sejak Sukan SEA pada Mei 2023, menyediakan penjagaan kesihatan hibrid, sama ada secara fizikal atau maya, menerusi aplikasi teknologi kesihatan digital. Perkhidmatan yang disediakan kepada para atlet negara melalui program ini termasuk perkhidmatan nasihat kesihatan maya percuma, telekonsultasi dan e-preskripsi, serta sokongan kesihatan di rumah oleh profesional perubatan yang diluluskan oleh lembaga. 

Platform kesihatan mental DOC2US yang dikuasakan oleh TeleHope Health, juga membolehkan para atlet mengakses perkhidmatan kesihatan mental seperti penapisan kesihatan mental, nasihat kesihatan mental percuma, dan telekonsultasi dengan pakar psikiatri dan psikologi yang berlesen dari TeleHope Health. 

Dr. Aw Tsung Wai, Pegawai Kesihatan Mental Utama TeleHope Health, menambah, "Apabila berbicara tentang kerapian masalah kesihatan mental, satu dari lima pelajar sekolah menengah didapati mengalami kemurungan dan dua dari lima mengalami kegelisahan. Kesihatan mental merupakan cabaran yang dihadapi oleh golongan muda, dengan kebanyakan masalah kesihatan mental muncul pada usia remaja yang lebih tua, dan ini lebih ketara bagi para atlet yang sentiasa berada dalam persekitaran pertandingan yang kompetitif dan penuh tekanan dalam kehidupan harian mereka, antara pendidikan dan sukan. 

"Pendekatan kesihatan hibrid yang mempunyai unsur digital membolehkan para atlet untuk dengan mudah mengakses penjagaan kesihatan dan menggalakkan mereka untuk mencari bantuan dengan mudah melalui sentuhan skrin, di rumah atau semasa mereka berada di luar negara sibuk menjulang nama Malaysia. Mengambil langkah pertama akan meningkatkan hasil kesihatan dan malah memberi kuasa kepada orang lain untuk mengikut jejak." 

Memorandum Persefahaman (MoU) antara ISN dan DOC2US untuk berkerjasama dalam program  kesihatan hibrid untuk para atlet negara disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 22 Ogos 2023. 

Dalam sokongan penuh terhadap objektif Kementerian Belia dan Sukan untuk mengatasi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh atlet muda, terutamanya dari segi kesejahteraan mental dan fizikal, program kesihatan hibrid ISN dan DOC2US berfungsi sebagai asas untuk meningkatkan bidang sukan sebagai alat penyatuan dan mewujudkan visi era digital pertama, selaras dengan prinsip Malaysia Madani. 

"Program sokongan ini menonjolkan semangat 'Demi Negara' lalu meneruskan komitmen DOC2US melalui inisiatif awal perkhidmatan nasihat kesihatan secara maya. Kami berbesar hati dapat menyumbang kepada visi Universal Health Coverage, dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan serta menjaga kebajikan atlet muda negara." tambah Dr. Choy. 

Pertukaran perjanjian MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas DOC2US, Dr Raymond Choy, dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Encik Ahmad Faezal Md Ramli, disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh (berbaju merah). 

Tags :

  • ISN |
  • KESIHATAN MENTAL |
  • TeleHope Health |
  • Malaysia Madani

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

Heydoc Health Launches Malaysia’s First Fully Integrated Digital e-Referral Solutions via DOC2US

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 01, 2025

2 Million Electronic Prescriptions Issued by DOC2US

Dec 11, 2023

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media  Untuk Si...

Aug 29, 2023

ISN, DOC2US Bolster Mental Health Support for National Athletes

Press Release   F...

Aug 29, 2023

国家体育学院、DOC2US 强化国家运动员的心理健康支援 

Aug 29, 2023

DOC2US and Malaysian Pharmacists Society sign MOU, Advancing Malaysia’s pharmacy network through digital health

Photo Release  For Imm...

Jun 12, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design