Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Health Tips

  • Home
  • Health Tips
  • ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?
  • Health Topics

    • All
    • COVID-19/ Vaccines
    • General health and wellness
    • Common ailments
    • Mental health
    • Sleep problems
    • Brain disorders
    • Respiratory diseases
    • Hypertension
    • Cholesterol
    • Heart diseases
    • Gastrointestinal
    • Diabetes
    • Autoimmune diseases
    • Kidney
    • Liver
    • Urinary
    • Skin
    • Sexual health
    • Women's health
    • Medications
    • Supplements
    • Other diseases
    • Pregnancy
    • Eyes
    • Bone's health
    • Breastfeeding
    • Medical device
    • Pain
    • Food
    • Fasting
    • Cancer
    • Children's health
    • Contraceptives
    • Men's health
    • Vaccinations
    • Oral health
    • Allergy

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?

Ping! Aplikasi pengesan haid anda telah menghantar satu peringatan.

Peluh turun bagaikan hujan membasahi pipi dan badan anda kaku membatu.

Anda pun membuka aplikasi kalendar dalam telefon pintar anda sambil melilau mata menyemak tarikh anda. Anda sudah terlambat satu bulan!

Lalu anda menarik satu nafas yang agak panjang dan terus bertanyakan diri sendiri, “Adakah saya mengandung?”

Bincanglah dengan kami hari ini!

 

ADAKAH PIL PERANCANG MENGECEWAKAN ANDA?

Walaupun pengambilan pil perancang kehamilan terbukti berkesan, ada ketika anda masih ragu-ragu tentang kemampuan pil perancang menghasilkan keputusan yang anda ingini. Berikut dikongsikan beberapa sebab utama pil perancang anda mungkin tidak berkesan. 

SEJAUH MANA PIL PERANCANG BERKESAN?

Pengambilan pil perancang mengikut arahan dan nasihat ahli kesihatan memberi keberkesanan sehingga 99.7%. Ini bermakna kurang daripada 1 dari 100 perempuan hamil dalam jangka masa satu tahun.1 Namun demikian, realitinya tiada individu yang menggunakan pil ini dengan sempurna, menyebabkan keberkesanan pil tersebut menurun kepada hampir 91% - hampir 9 dari 100 individu yang mengambil pil menjadi hamil setiap tahun.2  Jika anda orang yang kerap terlepas atau terlupa ambil ubat ini, secara tidak langsung peluang anda berkemungkinan hamil sangat cerah. 

Jika anda hendak menggunakan cara yang lebih berkesan untuk mengelakkan kehamilan, cara IUD dan implant adalah pilihan yang lebih baik. Anda boleh memilih ubat pil perancang sebagai pilihan utama merancang keluarga dengan memastikan pengambilan pil tepat pada waktunya untuk mengoptimumkan keberkesanan pil anda.

Selain itu, memasang aplikasi pencegah kehamilan atau menetapkan peringatan di dalam telefon pintar boleh membantu anda untuk mencapai keberkesanan yang maksimum.

KEMUNGKINAN PENCEGAH KEHAMILAN GAGAL...

          1.Terlepas pil

Jika anda terlepas pil pada pertengahan bulan (tengok pada bilangan blister anda yang tidak terusik) atau hampir menghabiskan bungkusan ubat anda, pil anda masih lagi dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, kalau anda terlupa mulakan pil aktif anda pada hari pertama pengambilan pil perancang dan anda terlupa untuk memulakan semula, akan ada besar kemungkinan anda boleh mengandung. Minggu pertama selepas anda mengambil pil adalah masa yang paling penting untuk merencat pertumbuhan sel ovum anda.

Anda akan berisiko tinggi untuk memperoleh kehamilan semasa anda meninggalkan satu celah hari antara waktu penghabisan pek ubat lama dan permulaan pek ubat seterusnya. Jika anda terlepas satu pil, terus ambil pil tersebut sejurus sahaja anda teringat, usah takut dan jangan bimbang.

Jika anda terlepas lebih daripada dua pil, anda boleh menganggap bahawa anda sudah tidak dilindungi. Elakkan diri dari melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan sehingga anda sudah menghabiskan satu bungkusan ubat perancang termasuklah ubat plasebo sekali.

Bincanglah dengan kami hari ini!

          2. Tidak mengambil pil tepat pada waktunya

Pil tersebut akan berfungsi jika anda mengambil pil pada waktu yang paling tepat. Ambil pil tersebut pada masa yang sama dan tepat setiap hari untuk memastikan pil berkesan ke tahap maksimum – 99%.

Jika anda individu yang senang lupa, ambil pil tersebut sekali lagi sebaik sahaja anda teringat. Teruskan mengambil pil-pil yang tinggal di dalam bungkusan seperti biasa.

Anda tidak perlu terlampau tegas dalam masa pengambilan ubat - sehingga ke saat yang tepat. Tetapkan peringatan untuk mengambil pil-pil anda setiap hari pada masa yang sama supaya tahap hormon yang konsisten dapat diteguhkan.

Bincanglah dengan kami hari ini!

          3. Ubat-ubat yang mengganggu gugat keberkesanan pil 

Antibiotik seperti rifampicin atau rifabutin dan ubat-ubat antikulat seperti griseofulvin akan merendahkan keberkesanan pil perancang anda

Jika anda sedang mengambil ubat-ubat yang disenaraikan di atas, pastikan anda menggunakan kontrasepsi sandaran selepas habis tempoh pengambilan pil tersebut.

Ada banyak contoh ubat-ubat lain yang boleh mempengaruhi keberkesanan pil pencegah kehamilan. Ini termasuklah ubat-ubat epilepsi (fenobarbital, fenitoin, dan karbamazepin), ubat-ubat antivirus untuk merawat HIV3, atau St. John’s wort (ubat herba)4.

Bincanglah dengan kami hari ini!

          4. Muntah

Ini adalah kesan sampingan biasa. Jika anda termuntah (sama ada disebabkan penyakit, jangkitan atau pengambilan alkohol berlebihan), atau mengalami cirit-birit, gunakan kontrasepsi sandaran.

Jika anda termuntah, pil tersebut akan terkeluar dari badan bersama muntah tadi, atau pil tidak akan diserap sepenuhnya oleh badan. Ambil pil lain secepat mungkin tidak lama selepas selesai muntah, dan ambil pil yang seterusnya seperti biasa.

Bincanglah dengan kami hari ini!

          5. Tidak memulakan bungkusan pil baru dengan segera

Mula bungkusan pil yang baru pada hari selepas anda habiskan ubat dari pek ubat lama anda. Jika anda tidak mempunyai pek ubat baru lagi, anda boleh cuba menggunakan jenis kontrasepsi yang lain. Tidak mengambil ubat perancang dalam beberapa hari di antara bungkusan lama ke bungkusan baru boleh menyebabkan pengambilan pil menjadi kurang berkesan, dan kehamilan berkemungkinan boleh berlaku.

Gunakan jenis kontrasepsi sandaran yang lain sehingga anda telah mengambil pil pencegah kehamilan selama tujuh hari berturut-turut. Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari melakukan sebarang hubungan seksual.

Bincanglah dengan kami hari ini!

 

BERHUBUNGLAH DENGAN PAKAR PERUBATAN ANDA

Berbicaralah dengan doktor atau ahli farmasi secepat mungkin jika anda bimbang akan kegagalan kontrasepsi anda atau kemungkinan untuk mengandung. Tanda-tanda awal berkaitan kehamilan termasuklah kekembungan perut, kelembutan payudara, tompok-tompok cerah, keletihan, atau lebih kerap membuang air kecil.

Jika anda tidak merancang untuk mempunyai anak buat masa sekarang, pastikan anda mengambil pil-pil pada masa yang tepat bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang dan tidak diingini.

Bincanglah dengan kami hari ini!

Bincang dengan ahli farmasi kami dengan PERCUMA di sini! Anda akan mendapat penghantaran kontraseptif oral secara PERCUMA dengan mask kain premium OXWHITE secara PERCUMA ke rumah anda!

 

PESANAN DARI DOC2US

Rujuk doktor dan ahli kesihatan profesional jika terdapat sebarang masalah kesihatan. DOC2US adalah aplikasi mudah alih yang membenarkan anda bercakap dengan doktor atau ahli kesihatan profesional lain melalui pesanan ringkas pada bila-bila masa dan di mana anda berada. Untuk komunikasi lebih baik, anda juga boleh hantar gambar atau pesanan suara berkaitan pertanyaan perubatan anda pada doktor dalam talian.

Muat turun DOC2US aplikasi pada on Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery; atau guna pesanan web di  https://web.doc2us.com/

Nota: DO2US bukan untuk perubatan kecemasan. Sila hubungi 999 untuk kes perubatan kecemasan.

Penafian: DOC2US menyediakan artikel kesihatan sebagai perkhidmatan pada para pengguna kami dan orang awam. Sila ambil perhatian tarikh semakan terakhir atau kemas kini pada semua artikel. Tiada kandungan di laman web ini, tanpa mengira tarikh, boleh digunakan sebagai pengganti nasihat perubatan terus daripada doktor anda atau ahli kesihatan bertauliah yang lain

RUJUKAN:

  1. https://www.howuknow.com/en/node/1391
  2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/322799.php
  3. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill/how-effective-is-the-birth-control-pill
  4. https://www.self.com/story/7-things-that-can-make-birth-control-pills-fail
  5. https://www.thesun.co.uk/fabulous/4693816/seven-ways-you-could-get-pregnant-while-on-the-pill/

 

Tags :

  • Hamil |
  • Pil Perancang |
  • Kontrasepsi |
  • Pil Kontraseptif |
  • Kehamilan

Share :

Written By

Ms. Hean Shi Wen

Reviewed By

Doc2us Medical Board

More Top Reads

Is a foamy urine normal?

Most Malaysians love a cup of ...

Feb 18, 2022

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...

Dec 20, 2021

Understand the rove beetles 'bite'

Image credit: Alvesgaspar,...

Mar 17, 2021

WHY DO I HAVE TO RUN TO THE BATHROOM TO POOP AFTER EATING?

Do you have that pooping s...

Nov 24, 2019

Help! How Can I Tell between a Positive Pregnancy Test or an Evaporation Line?

Whether a pregnancy test t...

Oct 08, 2019

8 WHYS YOUR TODDLER BLINKING HARD (COMPLETE LIST)

A toddler blinking hard or fas...

Jan 08, 2019

Recommended For You

Kaedah Perancangan Keluarga Selepas Bersalin

KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA SE...

Apr 19, 2022

6 soalan mengenai perancangan keluarga yang wanita Malaysia patut tanya kepada ahli farmasi

6 soalan mengenai perancangan ...

Oct 27, 2021

Latest Article

BPH and it's progression: What should we know

BPH and its progression: what ...

Jan 16, 2025

More Than Just Hay Fever: Delving into the Complications of Untreated Allergic Rhinitis

More Than Just Hay Fever: Delv...

Jul 23, 2024

Decoding urticaria and allergic rhinitis: all you need to know!

Decoding urticaria and allergi...

May 15, 2024

BPH and Prostate Cancer Deconstructed: Essential Knowledge for HCPs

BPH and Prostate Cancer Decons...

Mar 12, 2024

From Sniffles to Smiles: Treating Allergic Rhinitis

From Sniffles to Smiles: Treat...

Mar 05, 2024

Exercises recommended for pregnant women

Exercises recommended for preg...

Dec 19, 2023
The content found on this webpage serves as medical education resources designed for healthcare professional in Malaysia.

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design