Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Health Tips

  • Home
  • Health Tips
  • 7 PUNCA KULIT BAYI KERING (MERANGKUMI RAWATAN)
  • Health Topics

    • All
    • COVID-19/ Vaccines
    • General health and wellness
    • Common ailments
    • Mental health
    • Sleep problems
    • Brain disorders
    • Respiratory diseases
    • Hypertension
    • Cholesterol
    • Heart diseases
    • Gastrointestinal
    • Diabetes
    • Autoimmune diseases
    • Kidney
    • Liver
    • Urinary
    • Skin
    • Sexual health
    • Women's health
    • Medications
    • Supplements
    • Other diseases
    • Pregnancy
    • Eyes
    • Bone's health
    • Breastfeeding
    • Medical device
    • Pain
    • Food
    • Fasting
    • Cancer
    • Children's health
    • Contraceptives
    • Men's health
    • Vaccinations
    • Oral health
    • Allergy

Adakah kulit bayi anda kering dan mengelupas selepas lahir? Jangan khuatir kerana ini sebenarnya fenomena yang agak normal di kalangan bayi-bayi yang baru lahir.

Apa yang akan kita bincangkan di dalam topik ini:

  • Kenapa kulit bayi kering dan mengelupas.
  • Rawatan yang diperlukan.
  • Masalah kulit-kulit lain yang patut dirawat.

Sebelum anda menyapu losyen ataupun krim pada kulit bayi anda yang baru lahir, mari kita ketahui puncanya terlebih dahulu.

1. Kulit yang tipis

Kulit bayi, kalau dibandingkan dengan orang dewasa, adalah lebih sensitif. Ini adalah kerana kulit bayi selepas lahir adalah sangat nipis. Kadangkala disebabkan kulit bayi terlalu nipis, ia tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit yang diperlukan. Oleh itu, kebanyakan bayi-bayi yang baru lahir mengalami masalah ini.

2. Suhu bilik

Sekiranya kelembapan udara sekitar bayi sentiasa berada dalam keadaan yang kering, kulit bayi boleh menjadi kering juga. Terutamanya bayi yang sentiasa berada dalam bilik berhawa dingin. Bilik yang terlampau panas juga akan menyebabkan kulit bayi mengelupas.

3. Pakaian bayi yang ketat

Kalau cuaca terlalu panas, janganlah gunakan pakaian yang terlalu ketat untuk bayi. Walaupun memang difahami kebanyakan ibubapa khuatir pasal selsema dan batuk tetapi ini bukan caranya. Untuk kulit bayi yang kering dan sensitif, biar pakaian longgar sedikit.

4. Produk dobi

Sesetengah produk dobi untuk membersihkan baju bayi mengandungi parfum yang boleh menganggu kulit bayi. Sekiranya boleh, gunakan produk yang tidak mengandungi bahan pewangi. Baju bayi patut dibilas sekurang-kurangnya 2 kali supaya tiada bahan pencuci yang tertinggal.

5. Mandi terlalu kerap

Adalah disyorkan supaya bayi-bayi yang kecil/baru lahir dimandikan sekali sehari sahaja. Jika bayi dimandikan terlampau banyak, ini akan menyebabkan kulit bayi kering. Apabila terlampau kering, kulit akan mengelupas. Kalau terlalu kering, kulit akan meretak and bayi anda akan merasa kesakitan.

6. Sabun mandi kuat

Walaupun terdapat pelbagai jenama sabun di pasaran untuk bayi, anda patut was was ketika membuat pembelian. Baca terlebih dahulu kandungan sabun tersebut sebelum menggunakannya.

7. Susu tidak mencukupi

Ibu-ibu di Malaysia, malah di seluruh dunia disarankan supaya menyusu bayi-bayi mereka. Sekiranya kadar penyusuan tidak memuaskan, kulit bayi boleh kering juga. Penyusuan bayi patut dilakukan sekerap yang mungkin, dan tidak melebihi 3 jam untuk setiap penyusuan. Salah satu cara untuk mengetahui sama ada bayi mendapat susu yang mencukupi adalah mengira lampin yang ditukar. Kadar penukaran lampin yang basah untuk 6-8 kali sehari menunjukkan bahawa anak anda mendapat susu yang diperlukan.

Pelembab untuk kulit kering pada bayi

Memang biasa kita akan terfikir untuk menggunakan pelembab untuk kulit kering pada bayi. Sebelum anda menggunakan produk-produk pelembab untuk bayi anda, pastikan anda menghapuskan punca yang disebut di atas terlebih dahulu. Bayi-bayi bawah umur sebulan kebanyakannya tidak memerlukan sebarang krim pelembab. Akan tetapi, adanya juga kes-kes masalah kulit yang boleh menyebabkan kulit bayi kering.

Ini termasuk:

  • Cradle cap
  • Eksema
  • Gigitan upeh
  • HFMD
  • Hives
  • Jerawat neonatal
  • Kulat
  • Kulit ayam
  • Milia
  • Ruam lampin
  • Ruam panas
  • Toksikum eritema
  • Tompok mongolian

Sekiranya anda ingin mengetahui rawatan untuk masalah kulit bayi yang disebut di atas secara lanjutnya, sila baca artikel ini di laman web asal kami.

Jadi, bila patut kita menggunakan pelembab untuk kulit kering pada bayi?

Apabila anda telah menghapuskan punca-punca yang kekeringan kulit bayi disebutkan tetapi kulit bayi tetap kering. Dengan pelbagai jenama krim pelembab bayi di pasaran, rambang mata kalau memilih. Akan tetapi, yang penting krim pelembab tersebut mengandungi bahan-bahan yang selamat untuk kulit bayi. Sama ada organik atau tidak, terpulang pada anda asalkan krim pelembab melakukan fungsinya, iaitu melembabkan kulit.

Cara mengelakkan kekeringan

Sekarang anda telah mengetahui punca-punca utama kenapa kulit bayi kering, cara mengelakkan ia daripada berlaku patutnya tidak susah.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

  • Mandikan bayi sekali sehari (melainkan bayi kotor amat sekali).
  • Gunakan sabun pencuci yang bersesuaian terutamanya yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
  • Jangan menggunakan sabun mandi atau syampu yang terlampau kuat.
  • Pakaian bayi patut longgar.
  • Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas dan tidak berbulu.
  • Pastikan bayi anda mendapat susu yang mencukupi supaya penghidratan kulit dikekalkan.

Apabila anda telah mengambil langkah-langkah yang disebutkan di atas, anda juga boleh menggunakan krim pelembab yang sesuai untuk kanak-kanak. Ini merupakan langkah yang penting sebelum menggunakan krim medikasi yang lebih kuat seperti steroid.

Salah satu krim pelembab yang sesuai untuk kanak-kanak dari semua umur dan tidak mengandungi steroid tetapi boleh membantu mengurangkan kekeringan serta kegatalan adalah Suu Balm. Jika dibandingkan dengan krim pelembab yang lain, Suu Balm tidak melekit dan mengandungi menthol yang mampu mengurangkan kegatalan kulit. Kebanyakkan masalah kulit terutamanya jenis yang gatal, tidak dapat kembali ke keadaan asal kerana kulit berulang-ulang kali digaru. Apabila anak anda tidak mengaru kulit, ini akan mempercepatkan proces pemulihan kulit yang kering dan meretak.

Ubat ruam bayi

Walaupun kebanyakan kes-kes kulit bayi kering adalah tidak merbahayakan, adanya tanda-tanda yang anda patut berwaspada.

Di antaranya ialah:

  • kulit merah dan panas apabila disentuh
  • bayi cuba menggaru kulitnya
  • bayi menangis apabila kulit disentuh
  • nanah kelihatan di kulit
  • kulit bayi retak
  • bayi demam dan tiada selera minum/makan

Sekiranya anda melihat tanda-tanda sebegini pada anak anda, janganlah tunggu dan segera berjumpa dengan seorang doktor untuk siasatan selanjutnya. Ini adalah kerana kes sebegini bukan sekadar kulit kering sahaja, malah memerlukan ubat-ubatan untuk pulih sepenuhnya.

Antara ubat ruam bayi yang mungkin digunakan:

1. Krim steroid

Untuk kes-kes kulit kering yang disebabkan oleh ekzema, doktor mungkin akan menetapkan penggunakan krim steroid untuk mengawalnya. Ramai yang tidak gemar menggunakan krim steroid sebab kesan sampingannya. Akan tetapi anda patut tahu, bahawa krim steroid (terutamanya krim yang berkekuatan rendah) jika digunakan dengan betul, adalah selamat untuk bayi.

2. Antihistamin

Lebih dikenali sebagai ubat selsema, boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan pada kulit bayi. Namun, antihistamin hanya dibenarkan untuk bayi yang lebih tua, sekurang-kurangnya umur lebih setahun. Antara jenama antihistamin yang selamat digunakan adalah Zyrtec.

3. Antibiotik

Jikalau kulit bayi menjadi merah, sakit dan bernanah, kemungkinan besar kulit dijangkiti kuman. Kuman-kuman tersebut terdiri daripada kumpulan bakteria yang hanya boleh dibunuh melalui penggunaan antibiotik. Antibiotik akan diberikan untuk merawat jangkitan kulit apabila telah disahkan oleh seorang doktor.

Rujukan:

  1. Dry Skin | BabyCenter
  2. Why Is My Newborn’s Skin Peeling? | Healthline

Kredit imej:

  1. https://assets-0.huggies-cdn.net/system/assets/6403/normal/Dryskin1_normal.jpg
  2. https://www.mustelausa.com/media/wysiwyg/Mustela-Mag/Newborn_Skin_Peeling_2.jpg 
  3. https://pixabay.com/photos/bathe-foam-baby-child-relax-1214722/
  4. https://bit.ly/2I3FSf0
  5. https://static.chemistwarehouse.com.au/ams/media/pi/69697/3DF_800.jpg

Kolaborasi bersama Ethissa.

Tags :

  • kulit kering |
  • bayi

Share :

Written By

Dr Eric Siew

Reviewed By

Doc2us Medical Board

More Top Reads

Does Size Matter?

Does Size Matter?  The...

Jul 04, 2023

Is a foamy urine normal?

Most Malaysians love a cup of ...

Feb 18, 2022

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...

Dec 20, 2021

Understand the rove beetles 'bite'

Image credit: Alvesgaspar,...

Mar 17, 2021

Help! How Can I Tell between a Positive Pregnancy Test or an Evaporation Line?

Whether a pregnancy test t...

Oct 08, 2019

8 WHYS YOUR TODDLER BLINKING HARD (COMPLETE LIST)

A toddler blinking hard or fas...

Jan 08, 2019

Recommended For You

Latest Article

BPH and it's progression: What should we know

BPH and its progression: what ...

Jan 16, 2025

More Than Just Hay Fever: Delving into the Complications of Untreated Allergic Rhinitis

More Than Just Hay Fever: Delv...

Jul 23, 2024

Decoding urticaria and allergic rhinitis: all you need to know!

Decoding urticaria and allergi...

May 15, 2024

BPH and Prostate Cancer Deconstructed: Essential Knowledge for HCPs

BPH and Prostate Cancer Decons...

Mar 12, 2024

From Sniffles to Smiles: Treating Allergic Rhinitis

From Sniffles to Smiles: Treat...

Mar 05, 2024

Exercises recommended for pregnant women

Exercises recommended for preg...

Dec 19, 2023
The content found on this webpage serves as medical education resources designed for healthcare professional in Malaysia.

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design