Tahukah anda? Banyak penyakit tersebar akibat tidak membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih dan mengalir.
Apakah itu membasuh tangan?
Membasuh tangan, atau dikenali sebagai kebersihan tangan ialah mencuci tangan untuk tujuan membuang kotoran dan mikroorganisma.
Bilakah patut anda membasuh tangan?
- Sebelum, semasa dan selepas menyiapkan makanan
- Sebelum makan
- Sebelum dan selepas menjaga orang yang sakit
- Sebelum dan selepas merawat luka
- Selepas menggunakan tandas
- Selepas menukar lampin atau membersihkan kanak-kanak yang menggunakan tandas
- Selepas batuk, bersin, atau menghembus hidung
- Selepas menyentuh haiwan, makanan haiwan, atau najis haiwan
- Selepas mengendalikan makanan haiwan peliharaan
- Selepas menyentuh sampah
Bagaimakah caranya untuk membasuh tangan?

Apa yang boleh saya lakukan jika tiada sabun dan air yang bersih dan mengalir?
Walaupun sabun dan air yang bersih dan mengalir merupakan kaedah yang terbaik, anda juga boleh menggunakan sanitizer berasaskan alkohol yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol. Sanitizer tangan berasaskan alkohol boleh mengurangkan nombor kuman di tangan dengan cepat, tetapi TIDAK menghapuskan semua jenis kuman, dan mungkin tidak dapat membuang bahan kimia berbahaya.
Bagaimanakah saya patut menggunakan sanitizer tangan?

Amalkan membasuh tangan hari ini untuk menghilangkan kuman!
Rujukan:
- When & How to Wash Your Hands | CDC (Diterjemah ke dalam Bahasa Melayu)
Kredit gambar:







